Thursday 1 December 2016

Rambut Gugur



Adalah diketahui fakta mengatakan lelaki akan mula mengalami keguguran rambut (alopecia) pada umur  35 tahun. Ianya akan mencecah 65% ketika berumur 60 tahun. Begitu juga dengan wanita yang mengalami masalah yang sama: 50-70% menghadapi masalah keguguran rambut pada umur 65 tahun. Masalah keguguran rambut ini boleh menyebabkan imej, emosi dan keyakinan sesorang terjejas.

Kulit kepala mempunyai purata 110,000 folikel rambut yang sentiasa tumbuh dan gugur seiap hari. Apabila keseimbangan antara pertumbuhan dan keguguran rambut berubah, maka rambut akan mula gugur dan kemungkinan “botak” akan muncul.
Kita perlu memastikan kitaran rambut kita sentiasa lengkap, atau jika bermasaalah, kita perlu sentiasa mencari jalan untuk mengembalikan fasa ANAGEN (Fasa perumbuhan rambut).

Anagen? Apa itu Anagen? Kita perlukan fasa anagen ini dan berharap ianya akan sentiasa kekal dalam system kitaran rambut.
Kitaran rambut mempunyai 3 fasa (rujuk gambar):

1) FASA ANAGEN ketika rambut tumbuh ( 3 tahun)
2) FASA CATAGEN atau dikenali sebagai fasa pertukaran ( 3 minggu)
3) FASA TELOGEN iaitu fasa rambut akan mati dan gugur (( 3 bulan)

RAMBUT GUGUR DAN SEL STEM (STEM CELLS)

Apabila mengalami masalah keguguran rambut, bermakna  telah berlaku  fasa TELOGEN yang panjang dalam system kitaran rambut anda yang menyebabkan pertukaran ke Fasa ANAGEN akan lambar dan sukar. Rambut akan menjadi bertambah nipis dan peratusan rambut yang memasuki Fasa TELOGEN akan berterusan dan meningkat.

Masalah ini berpunca daripada sel stem folikel rambut  (ORSc)yang terletak di dalam benjolan (bulge) di sepanjang rambut kurang produktif dan kurang berkesan dalam meningkatkan kualiti matriks yang menyokong pertumbuhan rambut (diperbuat daripada keratinocytes). Tambahan pula, fibroblast yang terletak di Derma Papilla (HFDPc) juga kurang berkesan dalam komunikasi dengan stem cells, bermakna matriks tidak akan diganti atau diperbaharui seperti yang sepatutnya sekaligus permulaan fasa ANAGEN akan menjadi lembab dan rambut yang sentiasa gugur akan menjadi sebahagian dari kehidupan anda.

#SUTRA M’BLICA HAIR SERUM & HAIR SERUM

Jadi, bagaimana #SUTRA M’blica Hair Shampoo dan Hair Serum mampu membantu anda untuk mengurangkan keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan semula rambut?

Seperti yang diketahui,  #SUTRA M’blica ini  diperkayakan dengan Extract Melaka Berry (Buah Melaka) (Phyllanthus emblica). Untuk nota, Ektrak Melaka Berry ini sangat tinggi dengan Vitamin C dan Polifenolik (polyphenolic) yang akan membantu mengembalikan proses Alopecia kepada keadaan normal dengan:

1) Mengaktifkan semula aktiviti sel stem (stem cells) dan penggandaan (pertumbuhan). Akar luar yang membaluti sel stem (stem cells) akan diaktifkan semula sekaligus mencetuskan kitaran baharu rambut.

2) Meningkatkan metabolism fibroblast dermal papilla. Folikel rambut akan disuburkan menyebabkan sel stem (stem cells) akan lebih cepat bertukar ke fasa Anagen.



Best kan SUTRA M'Blica...jadi apa tunggu lagi.. yang ada masalah keguguran rambut tu.. jom guna SUTRA M'blica

#sutra #sutramemangbest #yourscentsoflife
Artikel dari founder SUTRA En.Mohd Khairil
www.sutra.com.my

Wednesday 6 April 2016

SUTRA AROMATHERAPY MANJAKANI FEMININE WASH




SUTRA MANJAKANI FEMININE WASH
😃

Apa istimewa SUTRA Manjakani Feminine Wash berbanding jenama lain di pasaran?? -Pekat
-Wangi
-Tahan lama
-Diekstrak dari Herba yang terpilih.
-Mampu milik.
-Memberi kesan yang sangat positif.

Pencuci wanita SUTRA Manjakani sangat berkesan dalam merawat pelbagai masalah yang di alami oleh kaum hawa.Tidak dinafikan, Herba Manjakani sangat sinonim dengan wanita. Ini kerana, khasiat yang tersimpan 1000 rahsia di dalamnya sangat baik untuk digunakan.

Berikut adalah khasiat Manjakani:

1)Melancarkan peredaran darah.

2)Antioksidan yang terkandung di dalam ekstrak Manjakani boleh mencegah barah serviks.

3)Melambatkan proses penuaan sel.

4)Oleh kerana Manjakani bersifat Astringen, ia boleh membasmi kuman dan bakteria yang mengakibatkan bau tidak selesa di kawasan faraj.

5)Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot di dalam faraj dan berfungsi mengecut tisu-tisu dan mengetatkan Miss V.

5)Astringen juga berfungi menyerap segala lendir dan lelehan yang mengakibatkan bauan yang tidak selesa.

6) Bertindak sebagai penyembuh pada luka-luka selepas bersalin.

7) Memulihkan keanjalan organ intim kewanitaaan

8)Menghilangkan gatal-gatal, Keputihan dan bau yang kurang menyenangkan.

9)Meningkatkan hormon estrogen

10)Mempertingkatkan daya alat kelamin dan tenaga batin.







SUTRA AROMATHERAPY






SUTRA PRODUK


SUTRA  MASSAGE OIL

massage oil


SUTRA CAPTIVATING MASSAGE OIL

mengandungi basil,eucalyptus,lavender,papermint,sunflower oil,grapeseed oil telah dicipta khusus untuk mencapai kesihatan  yang optimum dengan meningkatkanperedaran darah yang lemah,membantu melegakan otot2 yg tegang,merangsang badan,meningkatkan semangat mental dan melegakn keletihan.

SUTRA REJUVENATING MASSAGE OIL

dikatakan sebagai minyak yg sungguh istimewa.ianya mengandungi grapefruit,orange,rosemarry,sunflower oil,grapeseed oil.minyak ini direka khas utk meremajakan diri.mengimbangi sistem saraf ,mengurangkan masalah kerisauan dan tekanan perassan.Gunakan minyak ini untuk mendapatkan ketenangan yang mendalam dan ketika meditasi

SUTRA SENSUAL MASSAGE OIL

Direka  dengan  bauan yang lembut,dengan campuran bau menggoda untuk para pasangn.Mengandungi aphrodiasiak semulajadi yang memberi manfaat untuk lelaki dan wanita.Bau ini adalah hebat untuk melegakan tekanan dan keletihan

SUTRA SOOTHING MASSAGE OIL

Direka khas bagi membantu menyembuhkan dan memberi tenaga kepada otot2 dan sendi2 yang tegang.ianya sangat berkesan untuk melegakan kesakitan dan ketegangan .Baunya amat menenangkan..
images (3).jpg         images (4)

SUTRA STRESS RELIEF MASSAGE OIL

Direka khas untuk melegakan dan mengurangkan ketegangan dan kerisauan .Ia adalah juga satu  campuran hebat untuk meditasi.Baunya yang melgakan amat sesuai untuk mengatasi tekanan dan kehidupan seharian

SUTRA REFRESHING  MASSAGE OIL

mengandungi Citronella, Lemon Oange, Patchouli, Sunflower Oil, Grapeseed Oil sesuai digunakan untuk mengalami sendi2 yang tegang dan baunya amat segar.disyorkan untuk wanita yang sedang berpantang.
SEMUANYA ATAS IZINNYA..INSYAALLAH
INGIN DAPATAKN PRODUK INI ..HUBUNGI SAYA PN AZLIN TUKIRAN 0104301152:)

Tuesday 5 April 2016

USAHAWAN SUTRA



PENCETUS SUTRA


DIHASILKAN OLEH SEORANG ANAK MUDA BERNAMA MOHD KHAIRIL SAID
 petikan dari kosmo 22 may 2015


http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0522&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm


FIKIRANNYA berserabut apabila memikirkan idea bagi menjalankan proses penyelidikan serta pembangunan produk terkini.
Tatkala sedang duduk di atas kerusi, matanya hanya memerhati beberapa rakan sekerja yang bertungkus lumus menyiapkan segala tugasan di sebuah makmal kimia di Institut Bioteknologi Melaka.
Nafasnya juga seakan-akan terhenti kerana ketandusan idea sambil mata yang lesu itu sudah terbayang tilam dan bantal di rumah.
Terlintas di fikirannya, untuk mencari kerjaya lain kerana sudah bosan biarpun ketika itu sudah memegang jawatan sebagai pegawai penyelidik.
Mohd. Khairil Said, 38, ingin mencari bidang baharu yang boleh membawanya keluar dari kepompong makan gaji.
Dia menganggap, lebih baik memperoleh rezeki berlandaskan prinsip kerja sendiri selain yakin bahawa sembilan per sepuluh rezeki adalah daripada perniagaan.
“Lantas, saya melakukan solat istikharah untuk meminta petunjuk bagi mencari apa yang patut dilakukan kerana umur saya masih muda.
“Selepas berkali-kali melakukannya, saya bulatkan tekad berhenti kerja untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan berdasarkan penyelidikan produk-produk herba,” katanya memulakan bicara.
Namun, hati Mohd. Khairil sedikit gundah kerana jiwanya bukan pada bidang perniagaan. Selain itu, dia mengakui bahawa bidang tersebut di luar minatnya.
Bagaimanapun, saat merasakan perniagaan adalah jalan terbaik untuk meraih kekayaan dan didesak dengan rasa ingin mencuba, Mohd. Khairil mengalah dengan perasaan tersebut.
“Pada mulanya, saya tidak terfikir untuk menjadi ahli perniagaan kerana langsung tiada minat. Saya juga tidak menyambung pengajian dalam bidang perniagaan.
“Namun, disebabkan rasa ingin mencuba, kemahiran dan pengetahuan luas dalam bidang kimia diguna pakai untuk dijadikan taruhan dalam perniagaan ini,” jelasnya.
Bagaimanapun, hasratnya terhalang apabila keluarga menentang habis-habisan perancangan itu kerana sudah mempunyai pekerjaan kukuh dan lebih terjamin.
Hari demi hari, dia cuba meyakinkan kedua-dua ibu bapanya dan selepas puas dipujuk, mereka merestui niatnya yang mahu meluaskan lagi mata pencarian itu.
Memulakan tahun 2007 dengan azam baharu iaitu ingin menjadi usahawan yang berjaya, Mohd. Khairil membuat pinjaman dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) sebanyak RM1.6 juta bagi kos pembinaan kilang, peralatan dan domestik.
Bagaimanapun, jumlah tersebut tidak mencukupi kerana masih memerlukan RM2.5 juta bagi menyempurnakan perancangan tersebut.
“Saya terpaksa meminjam daripada ahli keluarga dan kenalan untuk menampung kos tersebut.

Bukan setakat itu sahaja, saya meminta isteri menggadaikan barang-barang kemas bagi memastikan jumlah yang diinginkan itu mencukupi,” katanya.
Petanda baik
Detik paling terkesan sudah pasti apabila dia ditipu oleh seorang kenalan dengan kerugian kira-kira RM60,000 kerana mempercayai bantuan yang diberikan bagi bersama-sama membuka perniagaan tersebut.
Bagaimanapun, ia tidak berputus asa malah, berkat kesabaran dia berjaya membuka kilang dengan dibantu 10 orang pekerja pada tahun tersebut.
Selepas itu, dia secara perlahan-lahan mengeluarkan produk minyak herba dengan kapasiti terhad kerana mahu melihat dahulu potensi pasaran. Andainya berjaya membawa keuntungan, sudah pasti ia satu petanda baik baginya untuk meneruskan cita-cita kedua itu.
“Alhamdulillah, berkat kesabaran, produk pertama iaitu pati minyak herba dihasilkan kira-kira setahun selepas itu dan mula dijual secara kecil-kecilan di sekitar Melaka.
“Biarpun belum boleh menjana keuntungan, saya tetap tidak patah semangat kerana percaya lambat laun rezeki itu akan mula datang,” ujarnya.
Selepas melihat pasaran yang kecil, Mohd. Khairil giat mencari idea untuk melebarkan sayap namun, pada masa sama dia tidak mahu tergopoh-gapah kerana bimbang hasilnya mengecewakan.
Justeru, dia cuba menjual produk tersebut secara pukal dan membuat jualan langsung dari rumah ke rumah. Ketika itu, dia mempelajari selok-belok perniagaan dan komunikasi yang langsung tiada dalam perwatakan selama ini.
“Saya mula jual dalam kuantiti 5 ke 10 kilogram dalam lingkungan harga RM40 kerana mahu melihat potensinya terlebih dahulu.
“Memang pada mulanya agak perlahan namun, masih boleh dijual. Pendapatan pertama juga tidak begitu membanggakan namun, masih boleh menampung terutamanya membayar kos upah dan pembuatan,” jelasnya.

MOHD. KHAIRIL (dua dari kiri) menerangkan kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin (dua dari kanan) sambil diperhatikan Menteri Sains dan Inovasi, Datuk Dr. Ewon Ibin dan Timbalannya, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah sempena Bio Borneo 2015 di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.


Ketika itu, dia hanya dapat menjual kira-kira 100 barang dan di situlah dia merasakan cabaran sudah mula dirasai terutamanya persaingan serta kepercayaan masyarakat terhadap produk keluarannya.
Senario itu berlarutan kira-kira setahun dan graf perniagaannya mencatatkan prestasi turun naik sehingga memaksa dia memikirkan strategi pasaran lebih berkesan.
Terbit juga rasa sesal sehingga jiwanya cukup berbekas apabila produk itu kurang mendapat sambutan pelanggan biarpun pelbagai cara diusahakan.
“Pada ketika itu, saya masih belum memiliki premis. Jadi, saya rasa seperti berputus asa kerana kepenatan menjual barang-barang tersebut tidak mendatangkan pulangan baik.
“Saya hanya mampu bersabar kerana situasi itu juga dilalui orang lain dan banyak perkara yang saya belajar selepas melihat sedikit kegagalan pada percubaan pertama ini,” katanya.
Fasa muram
Bercerita mengenai pengalaman yang mengecewakan, dia pernah mengalami situasi tiada duit selama enam bulan dan modal yang ada hanya cukup untuk membayar kos pekerja serta pengeluaran produk.
Bukan itu sahaja, dia juga gagal melunaskan sewa bulanan dan duit potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Menurutnya, situasi pada tahun 2008 hingga 2010 begitu teruk dan dugaan datang silih berganti sehingga menjejaskan kewangan syarikat.
Selepas mengalami fasa muram, dia bertindak lebih agresif untuk mencari penyelesaian bagi menghidupkan kembali perniagaannya selepas yakin produk tersebut mampu menambat hati ramai orang.
Dia kemudiannya giat menjalankan penyelidikan dan efisien terhadap sumber alam semula jadi serta mencari formula baharu untuk mengeluarkan produk lebih berkualiti.
Mohd. Khairil mengambil masa kira-kira dua tahun untuk kembali memulihkan perniagaan berdasarkan kepada kursus-kursus dan kajian dijalankan terhadap produk.
Pada masa sama, dia juga mengambil kira pandangan pengguna yang telah menggunakan produk tersebut bagi mengetahui apa yang perlu ditambah baik atau sebaliknya.
Dia langsung tidak melatah tatkala ada pengguna yang kurang berpuas hati kerana memahami produk-produk seperti itu ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan.
“Perkara itu menjadi dorongan kepada saya untuk menghasilkan produk lebih baik dan memberi kepuasan kepada pengguna.
“Alhamdulillah, selepas berhempas pulas selama dua tahun, produk keluaran saya mula membuahkan hasil sehingga permintaan meluas termasuk menerima tempahan dari Singapura, Brunei dan Indonesia,” katanya.
Kini, produk Sutra sudah mula menembusi pasaran Mesir, Pakistan dan terbaru di Belanda. Semuanya hasil promosi yang dibuat ketika mengikuti rombongan perniagaan bersama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia ke Eropah tahun lalu.
Kesan positif
Sutra merupakan produk penjagaan dan kecantikan diri yang dikeluarkan khusus kepada semua peringkat usia serta jantina.
Produk Sutra merangkumi aromaterapi, wangian dan kesihatan.
Selain harganya yang murah bermula RM40 hingga RM120, kesemua produk tersebut dijamin halal.
Setiap bulan, permintaan produknya boleh mencecah 200,000 unit dengan purata pendapatan sebulan mencecah hampir RM1 juta.
“Alhamdulillah, saya mengambil masa kira-kira lima tahun untuk mengukuhkan pasaran bermula secara kecil-kecilan sehinggalah berskala besar seperti hari ini.
“Momentum yang ditunjukkan sejak tahun 2012 cukup baik dan memberi kesan positif kepada perniagaan saya sehingga hari ini,” jelasnya.
Katanya, jatuh bangun selama lima tahun dalam dunia perniagaan banyak mematangkan dirinya untuk menjadi usahawan yang lebih baik.
Kini, Mohd. Khairil mempunyai pusat pengedaran di Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor bagi memudahkan proses pengedaran, penghantaran dan jualan.
Justeru, kemudahan yang sedia ada itu membolehkannya memasang impian untuk terus melebarkan sayap perniagaan.
Pada masa sama, Mohd.Khairil turut berazam mahu menambah beberapa lagi produk bagi memastikan jenama Sutra kukuh di pasaran.

AROMATERAPI






APA ITU AROMATERAPI??..
aromaterapi adalah amalan menggunakan minyak tumbuhan ,minyak bunga-bungaan dan tumbuhan  untuk rawatan  psikologi dan fizikal kesejahteraan..
selain itu” aroma” itu sendiri bermaksud bauan atau haruman dan manakala “terapi” bermaksud rawatan
images (2) images (1)
BAGAIMANA AROMATERAPI BRFUNGSI??

Menurut Dr. Alan Huck (Pakar Neurology Psikiatri dari pusat penelitian deria dan rasa di Chicago), bau mempunyai pengaruh secara langsung terhadap otak manusi. Di dapati bahawa hidung kita berkemampuan untuk menagkap lebih daripada 100000 bau yang terdapat dipersekitaran kita. Ia berlaku tanpa kita sedari.
Bauan tersebut akan mempengaruhi bahagian otak yang berkaitan dengan mood (suasana), emosi, ingatan dan pembelajaran. Misalnya, dengan menghirup aroma Lavender”, ia akan meningkatkan gelombang-gelombang alfa di dalam otak dan gelombang inilah yang akan membantu kita untuk berasa releks dan tenang.
AromatherapyCandle
…..DAPATKAN produk SUTRA AROMATHERAPHY BUATAN MALAYSIA DI SINI:)
# PN AZLIN TUKIRAN  0104301152